Saturday, July 18, 2015

Tempat Wajib Dikunjungi



TEMPAT WAJIB DIKUNJUNGI DI HO CHI MINH CITY VIETNAM .Bertitik tolak daripada entry aku sebelum ini, aku senaraikan 6 tempat menarik untuk berbelanja di Ho Chi Minh City Vietnam untuk rujukan aku kelak :) Semoga kajian aku ini betul dan tepat.
1. Russian Market
Tempat yang wajib untuk dikunjungi bagi para pelancong yang datang ke Ho Chi Minh . Disinilah tempat barangan sisa export Vietnam dijual. That why harga barangan di sini lebih murah (katanya). Russian Market ini terletak di Tingkat 2, Lucky Plaza.
2. Lok Loi 
Lok Loi ini khusus kepada meraka yang ingin membeli barangan kulit. Sepanjang jalan ini terdapat beberapa outlet yang khusus menjual produk fesyen dari kulit haiwan asli, terutama daripada replitia (anjat boboi) – dompet, tali pinggang dan macam macam eksoseri yang lain.
3. Binh Tay Market
Binh Tay merupakan pasar tradisional lengkap yang sesuai untuk mereka mereka yang ingin membeli barangan secara borong. Khabarnya, barangan disini mudah untuk ditawar (beli banyak, harga kurang). Kira macam pasar borong jugak la ni.
4. Ben Thanh Market
Kawasan perbelanjaan tradisional Vietnam ini menjual berbagai produk eksoseri sebagai ole ole yang ala ala made in Vietnam. 
Ben Thanh Market
5. Dong Khoi Street
Merupakan salah satu area yang paling sophisticated dan digemari baik oleh orang tempatan dan juga para pelancong. Terdapat banyak gerai-gerai menjual barangan hiasan dalaman rumah disepanjang jalan ini. Memang mendapat banyak respon positif daripada mereka mereka yang pernah datang ke jalan ini. Pengsan. Aku takut tak dapat kawal nafsu membeli je nanti.
Dong Khoi Street
6. An Dong Plaza
Kompleks membeli belah 4 tingkat ni menjual berbagai jenis produk seperti perhiasan emas, kasut, pakaian, hiasan dalaman dll
Selepas ini, aku merancang untuk melihat tempat-tempat makanan halal yang ada di Ho Chi Minh City Vietnam. Apa yang penting adalah, kawasan itu mestilah mudah untuk aku pergi (dekat dengan hotel penginapan) dan murah. Kalau ada masjid pun mesti lagi baik. Peace

No comments:

Post a Comment