Wednesday, July 8, 2015

Pengenalan

Pengenalan

Ini merupakan catatan Kembara yang akan kami lakukan pada Dec 2015 ini. Catatan bermula dengan kembara yang kami aturkan setiap tahun. Mulai 2009 kami sekeluarga telah ke Bandung dan Jakarta Indonesia.Tahun berikutnya kami ke Yogjakarta dan ke Bandung sekali lagi. Kali ini perjalanan menaiki bas. Tahun 2011 kami ke Sumatera Barat iaitu ke Bukit Tinggi dan Pekan Baru.

Tahun 2012 kami ke Medan Indonesia. Tahun 2013 kami ke Surabaya dan juga Bromo Indonesia. Tahun 2014 kami sekali lagi pergi ke Bukit Tinggi Indonesia. Sebelum iti kami ke Solo,Yogjakarta dan juga ke Semarang Indonesia.

Tahun 2015 kami dan keluarga merancang ke Vietnam iaitu Ho Chi Minh City. Kali ni kami ambil pakej dari Travel and Tour Vietnam. Loh Abdolloh seorang berbangsa Melayu Champa yang menetap di Ho Chi Minh City. Beliau telah berkahwin drngan orang Kelantan. Aku dapat alamat ini melalui blog yang  aku baca. Akhirnya aku dapat menghubunginya. Ternyata pakej yang ditawarkan amat menarik bagi kami sekeluarga.

Kami mengambil pakej 4 hari 3 malam

Hari Pertama
BBertolak dari LCCT KLIA 2. Kami telah menempah tiket melalui Airasia. Bertolak dari KLIA 2 pukul 9.15 pagi .Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit.Lebih kurang pukul 10.15 pagi waktu vietnam dijangka sampai. Kami disambut oleh Tour @Travel Loh Abdolloh. Kami akan dibawa ke hotel.


Acara lawatan bermula
Ambil dari airport. Kemudian makan tengahari. Seterusnya chech in di hotel yang telah ditempah.Petang membeli belah di di Ben Thanh Market.Pelbagai jenis barangan terdapat di sini termasuk pakaian dan kasut serta beg. Selepas itu makan malam di Restaurant Halal. Berjalan di Pasar Malam.Acara bebas.


Hari Kedua
Pukul 7.30 am kami breakfast. 8.00 pagi lawatan ke Delta Sg Mekong.Perjalanan mengambil masa 2 jam. Lawatan ke Pulau Unicorn Ireland. Berada di pulau ini selama 2 jam.Terdapat pelbagai makanan seperti madu dan buah-buahan.Acara kebudayaan seperti nyanyian kampung. Menaiki sampan, kereya kuda dan lain-lain. Makan tengahari di restaurant halal yang disediakan.Solat jamak.Selepas itu ke lokaxi membeli belah  di Cina Town.Antaranya barangan yang ditasarkan ialah baju kurung, jubah di Distric 7.Malam acara bebas.

Hari ketiga
Pukul 7.30 pagi breakfast.Pukul 8.00 am lawatan ke Cu Chi Tunnel iaitu trowong yang dibina semasa era perang dengan Amerika.Tengahari Solat.Kemudian lawatan diteruskan ke Ward Remnant, museum Post Office, Dam Hard Rock Cafe. Mkn malam.Pukul 7.00 pm river Cruise 1 jam untuk merasai pemandangan bandar Ho Chi Minh.9.30 mlm balik ke Hotel Acara bebas.

Gambar Post Office fi Ho Chi Minh City



Sebuah gereja di tengah bandar Ho Chi Minh yang menjadi tarikan pelancong.


Hari keempat
selepas breakfast acara bebas. Pukul 12.00 am check out dan terus ke Lapangan terbang antara bangsa Ho Chi Minh.


No comments:

Post a Comment