Sunday, December 20, 2015

Hari Pertama - di Ho Chi Minh

14/12/2015 merupakan hari pertama kami berada di Ho Chi Minh City.

Menunggu giliran untuk cop pasport di imigrisen


Menunggu giliran untuk mengambil bagasi

Pelayan hotel Thanh Truong

 Di hadapan Thant Truong Hotel di mana tempat kami menginap

 Van yang membawa kami sepanjang 4D3M di Ho Chi Minh

 Restaurant Halal Ay Sah

 Restaurant Halal Mu Sa Ka Riem

 Hotel Thanh Truong di mana tempat kami menginap


Restaurant Halal Amin


 Pasar Bent Thant di Ho Chi Minh City

Seorang pekedai sedang berurusan dengan pelanggan



Rehat sebentar selepas penat bershopping



Sunday, July 19, 2015



Tip ke Vietnam


Saya sharekan di sini pengalaman kami untuk memudahkan kawan2:

TIPS 1: Hotel

Nak mudah duduk je di area District 1, diorang panggil Malaysia Street. Jalan yg ada Hotel Pink Saigon 2, Hotel Thanh Thu dan Hotel Huong Loung ke apa namanya. Opposite jalan, Kedai makan Hjh. Basiroh, Kedai Makan 1Malaysia and lagi satu kedai saya lupa nama. Kenapa? dari sini mudah nak kemana-mana. Seberang jalan besar ialah Pasar Benh Thant, nak ke Pasar Benh Thay pulak naik bas dari stesen yg dalam 500m jalan kaki. Senang banget..

Saya stay di Thanh Thu baru-baru ini. Dalam RM100 semalam. Tiada breakfast. Bilik katil double, toilet ok, aircond ok cuma bilik agak sempit. Tiada coffee making facilities. Macam hotel bajet tetapi dengan toilet, katil dan TV yg selesa. Alat penimbang ada disediakan di lobi.

Staf di reception very2 nice and helpful. Komputer di hotel ini not working, so saya tumpang check in dan print di Hotel Hoang di sebelahnya. Hotel ini besar.



TIPS Tambahan - Tukaran Wang

Haa, tip utama yang saya nak kongsikan ialah tukaran duit. Semasa trip saya ke Vietnam, saya tukar duit RM kepada USD, sebab banyak advise dekat blog cakap lebih mudah. Dan sedikit tukaran kepada Vietnam Dong, hanya untuk cover duit teksi, makan dan tambang bas. Rupanya ia bukan tindakan yg bijak untuk saya. Kenapa? Kerana kadar tukaran di Vietnam lebih murah daripada di Malaysia. Kalau tak silap, waktu itu 
Di Malaysia - 1USD = RM3.30
Di Vietnam - 1USD = RM3.00 
Haa, hanya 30sen, tapi kalau kita tukar USD1000, bezanya dah RM300. So, depending on currency, ada masanya x perlu tukar banyak duit RM ke USD di Malaysia. Guna RM lagi bagus.. Pandai-pandai la kawan2 dapatkan maklumat sebelum decide.. 


TIPS 2: Membeli belah
Jangan beli di Pasar Benh Thant dulu, boleh singgah untuk try harga tapi jangan beli dulu. Pergi tengok di Chinatown atau juga dikenali sebagai Pasar Binhtay. Daripada pengalaman saya dan tanya2 pada org2 Msia yg ada, beza harga (yg paling murah kami dapat selepas puas bertekak) macam di bawah :

  Barang                         Pasar Benh Thant                Pasar Binhtay

 Sutera Vtnam (glitter)    RM39/sepasang                     RM 36/sepasang
 Lace dengan sequin       RM100/2 meter                     RM50/2 meter
 Cotton english           RM28-32/sepasang               RM 25-30/sepasang
 Beg luggage       RM110 (sz sderhana, kain)    RM150(besar, plastik),RM90cabin sz,plastik)

Pasar Ben Thanh- keluar hotel, pusing kiri dah nampak!!
Pasar Binhtay, juga dikenali sebagai Chinatown..
Nak ke Pasar Binhtay dari kawasan hotel mudah jer. Jalan lurus di sebelah kedai Basiroh, sampai simpang yg mengadap Benh Thant, ambil kanan, opposite jalan (2 jalan besar) dah nampak banyak bas. Cross ke sana, itulah Stesen Bas. Tunggu di Hentian tulis 1, naik bas No. 1, bayar VD5000. Pastikan guna VD note kecil. Turun stesen paling last. Perjalanan dalam 45 minit. Bas bersih tau!! impressive.. Sampai hentian last, kalau kita dalam tangga bas, ke kiri. Susur jalan sebelah kiri tadi, nampak kat tepi2 ada kedai jual buah pinangbergugus-gugus. Ntah untuk apa. kedai jual barang plastik la. Terus jer, bila ada simpang, ke kiri dan terus nampak bangunan Pasar Benh Thay. Kat tepi2 dah nampak banyak kedai dengan barangan yang melimpah keluar dari kedai. Jalan sesak sikit, tapi so far kami ok jer. Kalau x faham, tanya je diorang  Benh Thay, nanti dorang tunjuk arah. Ada polis yg pakai uniform hijau dekat Pasar Binhtay, so jgn risau..  Nak balik, pergi balik ke stesen bas tadi, ambik bas No 1 jugak , stesen last ialah Benh Thant. Mudah kann.. murah pulak tu. Dalam RM1.50 kot..

Jgn terkejut, hari ni kain lain, esok kain lain. Stok dtg hari2

TIPS 3 : Kedai best
Saya sebenarnya tak ada banyak maklumat pasal kedai best di Pasar Ben Thant. Pada saya it's try n error. bargain hard, kalau dapat harga range yg saya cakap tadi saya rasa good enough. Lagi pula saya tak keluar ke city melihat butik2 di sana. Saya cuma berlegar di kawasan hotel. Butik dekat deretan hotel pun harga masih best.
Kurung pasang English Cotton - RM28-32 sepasang
Alas meja bujur, kerusi 12 - RM140 - jenuh bargain, failed!!
Alas meja kopi - RM40


Adik saya cuba tempah baju kurung moden siap 24 jam, RM50 upah, hasilnya ROSAK!!!hahahah, nasib baik saya tak ambik risiko tu. Konon gambar kain kembang payung, siap baju kembang sejambak, takde payung2 dah.. pastu si owner kedai buat muka toye jer.. Adik saya malas nak outer2. Kalau saya, paling tidak bebel la sikit. Heee ;)




TIPS 4: Makan
Kopi ais yg slim.. 
Mudah saja, bawalah bekal makanan, . Makanan Halal di HCM sangatlah mahal.. Nasi lemak Hjh. Basiroh, satu pinggan dalam RM8, kopi ais dalam RM4, Mee Pho dalam RM8, Nasi putih dengan ayam dalam RM10. Lauk tengahari serius tak lalu... Mana tahan nak makan mee pho jer, (dah tu yg murah). So kami makan di Kedai 1Malaysia. Sedap boleh tahan la, tapi mahal. Baik Tomyam,  nasi goreng atau popia basah Vietnam , semua sepinggan/ satu hidangan RM20. Lunch kami last day berlaukkan 1 Mee Pho, 2 nasi putih, 1 telur dadar, 1 tomyam dan 1 sayur kangkung, 2 soft drink, 1 kopi ais jumlahnya RM100!!Haiyooo... 
Popia basah yg kanan ni, ada udang, and sayur pudina.
Tak tahan..urghh
The famous Mee Pho/ Mee Daging

Silapnya kami langsung tak bawak bekalan dari Msia, not even Maggi. Huhuhu, sedih.. Oh ya, lagi pula kedai Hjh. Basiroh bukak lewat. Kita plan nak turun awal, nak naik bas ke Pasar Bent Thay tapi tersangkut sebab kedai belum bukak.Dalam pukul 8am kot baru bukak. Tu dah macam kul 9 kat Msia. Kedai 1Malaysia memang bukak lambat sikit, takda jual untuk breakfast.



TIPS 5: Lain-lain

- Bawa pisau lipat, so that boleh beli buah-buahan yg segar bugar. Jgn beli yg dah potong, diorang x basuh elok pun pisau tu, main celup2 je dalam air basuhan yang dah kelabu. 

- ATM ada kat dalam Kedai Serbaguna, selang 2 buah kedai kot dari kedai makan Hjh Basiroh atau Kedai 1 Malaysia. So jgn risau. 


- Bajet dari hotel ke airport naik van Vinasun hanya VD160,000. Murah jer.. Mintak pekerja hotel bayarkan terus kat driver teksi, so that dia x boleh  tipu.


Dipetik daripada seorang Blogger yang sudi berkongsi pengalaman dengan pembaca.




Saturday, July 18, 2015

Tempat Wajib Dikunjungi



TEMPAT WAJIB DIKUNJUNGI DI HO CHI MINH CITY VIETNAM .Bertitik tolak daripada entry aku sebelum ini, aku senaraikan 6 tempat menarik untuk berbelanja di Ho Chi Minh City Vietnam untuk rujukan aku kelak :) Semoga kajian aku ini betul dan tepat.
1. Russian Market
Tempat yang wajib untuk dikunjungi bagi para pelancong yang datang ke Ho Chi Minh . Disinilah tempat barangan sisa export Vietnam dijual. That why harga barangan di sini lebih murah (katanya). Russian Market ini terletak di Tingkat 2, Lucky Plaza.
2. Lok Loi 
Lok Loi ini khusus kepada meraka yang ingin membeli barangan kulit. Sepanjang jalan ini terdapat beberapa outlet yang khusus menjual produk fesyen dari kulit haiwan asli, terutama daripada replitia (anjat boboi) – dompet, tali pinggang dan macam macam eksoseri yang lain.
3. Binh Tay Market
Binh Tay merupakan pasar tradisional lengkap yang sesuai untuk mereka mereka yang ingin membeli barangan secara borong. Khabarnya, barangan disini mudah untuk ditawar (beli banyak, harga kurang). Kira macam pasar borong jugak la ni.
4. Ben Thanh Market
Kawasan perbelanjaan tradisional Vietnam ini menjual berbagai produk eksoseri sebagai ole ole yang ala ala made in Vietnam. 
Ben Thanh Market
5. Dong Khoi Street
Merupakan salah satu area yang paling sophisticated dan digemari baik oleh orang tempatan dan juga para pelancong. Terdapat banyak gerai-gerai menjual barangan hiasan dalaman rumah disepanjang jalan ini. Memang mendapat banyak respon positif daripada mereka mereka yang pernah datang ke jalan ini. Pengsan. Aku takut tak dapat kawal nafsu membeli je nanti.
Dong Khoi Street
6. An Dong Plaza
Kompleks membeli belah 4 tingkat ni menjual berbagai jenis produk seperti perhiasan emas, kasut, pakaian, hiasan dalaman dll
Selepas ini, aku merancang untuk melihat tempat-tempat makanan halal yang ada di Ho Chi Minh City Vietnam. Apa yang penting adalah, kawasan itu mestilah mudah untuk aku pergi (dekat dengan hotel penginapan) dan murah. Kalau ada masjid pun mesti lagi baik. Peace