Tuesday, July 14, 2015

Membeli belah di Ben Thanh




  Inilah Ben Thanh Night Market. Syiok tau. Macam2 ada....lebihkurang macam uptown kita lah. Tapi, yang lebihnya aku rasa sebab banyak jual cenderahati Vietnam. Jumpa amoi ni oklah dia faham English. Melayu tak faham. Tengok berapa banyak barang kat kedai dia. Bila dah start membeli cenderahati kat dia, memang kitorang tak pi lain dah. Setakat tengok secara jeling-jeling tu adelah. Vietnamese tu 1 yang aku tak berkenan, dia suka paksa orang beli barang. Kalau korang nak beli 1 barang, dia soh beli 2. Bila korang dah beli 2, dia soh beli 3 pulak. Geram jugak. Ada yang sampai letak je barang dalam plastik beg aku, lepas tu takmo pulangkan balance sebab dia kira barang yang die letakkan tu. Aku keluarkan dia masukkan balik. Erghhh..
Kedai Lyna:
(Gambar kiri atas)
Add: 51, Phan Boi Chau Street,
          Ward Ben Thanh,
          Ben Than Night Market,
          District 1, HCMC.
     Kalau nak beli jeans branded/berjenama, cari kedai Lyna yang famous ni. Ada Levi's, Timberland, dll. Levi's takda saiz kecik. So, aku rembat Timberland 2 helai - RM130. Dalam gambar tu Levi's yang aku nak pi tukar.

(Gambar kanan bawah)
     Kitorang banyak borong' T-shirt kat amoi baju putih ni. Baju & seluar Adidas, T-shirt Superdry, jersey2 bola untuk 3 orang anak aku - RM30 sepasang. Jahitan nya memang kemas & kain berkualiti.
Kedai Tina :
     Adik aku cari Sutera Vietnam - RM30 sepasang. Kalau masuk Ben Thanh Daytime Market (yang dalam bangunan) harga-harga sutera Vietnam ni 'melambung' tinggi. Kena pandai bargain. Kualiti mungkin berbeza tapi adik aku kata ada yang kualiti sama macam Night Market tu pun tapi more expensive. Kanan bawah: deretan Japanese cotton & Italy cotton. Masing-masing RM30 & RM35 sepasang.
Kedai Karim & Kamaryiah :
Add: 194, Le Thanh Ton Street,
          Ward Ben Thanh,
          Ben Than Night Market,
          District 1, HCMC.
FB - karimkamariyah
     Telekung lycra murah sangat babe. Aku beli 4 - untuk kualiti yang sama biasanya kat Malaysia RM80-90. Aku dapat RM30. Baju kurung siap bermanik:
- Kain plain RM50 sepasang (biasa RM90-110).
- Kain corak RM45 sepasang.
Aku datang kedai ni sampai 3x. Pasangan suami isteri ni baik & peramah. Dorang pandai cakap melayu sebab dulu lama dok kat Labu, N.Sembilan.

Pesanan yang aku dapat sebelum ni :
- Jangan nak sentuh-sentuh barang kalau tak decide nak beli sebab pekedai ni akan follow korang.
- Jangan bargain (tawar-menawar harga) kalau takmo beli. Nanti dapat maki.
-Kalau nak tau, sekali ko tanya harga, dia akan dapatkan juga 1 harga untuk kau - siap hulur korang kalkulator untuk tekan berapa harga yang korang wish.

Dipetik dari drshikinzainal.blogspot.com

No comments:

Post a Comment