Friday, July 10, 2015

Tempahah Loh Abdolloh


Tiket yang telah aku booking dengan Air Asia. Tiket ini dibooking melalui online. Tiket ini telah aku booking untuk 11 orang. Kesemuanya adalah adik beradik dan keluarga mereka.


Siap booking dengan makanan sekali. Takut kelaparan bila sampai Ho Chi Minh (HCM).Maklumlah sementara tunggu nak cari makanan halal.Kalau lewat kelaparanlah jawabnya.



Setelah berbincang dengan Loh Abdolloh aku bersetuju dengan pakej yang ditawarkan. Aku membayar RM500.00 sebagai deposit untuk aku memulakan perjalanan pada pertengahan bulan Dec 2015 nanti. Tiga lokasi yang ditawarkan iaitu:
a. Membeli belah di Ben Thanh Ho Chi Minh
b. Lawatan ke Sungai dan Delta Mekong
c. Lawstan ke Cu Chi Tunnel
Jumlah peserta lawatan aku cuma 10 org dewasa dan seorang kanak-kanak aje.

Biasanya setiap tahun aku akan bawa keluarga adik beradik aku untuk melancung ke luar negara.

No comments:

Post a Comment