Friday, July 17, 2015

12 Tips Sebelum Melancong

12 Tips Sebelum Pergi Melancong

0
Salam Sejahtera, untuk entri yang kedua blog ini, saya ingin kongsikan tentang beberapa tipsmelancong, persediaan sebelum anda pergi melancong.
Bukannya senang kalau kita nak travel jauh ke negara orang, kalau setakat negara jiran kita saja, tak apalah… kalau ada benda yang tertinggal, boleh beli saja di kedai nanti sebab harganya pun tidaklah semahal mana, cuma negara jiran di Singapura saja yang lebih mahal dari Malaysia.

tips

calendar
1. CARI TARIKH  MELANCONG YANG SESUAI
Bincang bersama untuk mencari tarikh melancong yang sesuai untuk bercuti, sebaiknya tarikh ditentukan 3 bulan sebelum percutian.
(Some families have the option to travel when ever they’d like to and others can only go when school is out.)
 
2. SURVEY DESTINASI ANDA
Survey terlebih dahulu harga tiket penerbanganatau pun tiket bas, destinasi yang ingin dilawati serta rancang percutian anda dengan teliti. Hari minggu kebanyakan pusat peranginan dan tempat tumpuan pelancong akan menjadi sesak dan menyebabkan ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan pula lebih mahal dari hari-hari biasa. Buat perbandingan harga bagi tiket penerbangan di SINI  dan bagi hotel pula, dapatkan cheapest rates di SINI.
rancang
3. PROMOSI/PAKEJ
Apabila memilih untuk percutian di luar negara pula, seeloknya pilihlah negara yang sedang mengadakan promosi pelancongan. Selain itu menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal adalah lebih baik bagi mendapatkan harga yang murah. Makin dekat dengan tarikh penerbangan pilihan kita tu, akan semakin mahal lah harga tiket penerbangan itu. Begitu juga jika menempah bilik hotel, haruslah awal bagi mengelakkan kenaikan harga.

4. AGENSI PELANCONGAN
Jika anda pertama kali ingin melancong, sebaiknya gunakanlah khidmat agensi pelancongan. Ianya sangat digalakkan bagi mengelakkan anda dari ditipu dan membuang masa kerana tiada pengalaman.

11
5. RANCANG LOKASI PERCUTIAN YANG MENARIK
Rancang untuk melawat lokasi-lokasi percutian menarik yang berhampiran dalam sehari  bagi menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.

6. CHECKLIST
Adalah amat penting untuk anda menyediakan checklist supaya tiada barang yang tertinggal. Nanti menyesal pula.

duit
7. WANG TUNAI/CASH
Anda mestilah memastikan yang wang tunai anda disediakan dengan secukupnya. Kadang-kadang tempat yang ingin kita lawati tiada mesin ATM atau pengurup wang. Jadi sediakan wang tunai yang mencukupi yang boleh anda gunakan di waktu kecemasan. Pastikan wang diletakkan di dalam tempat yang selamat dan elakkan meletak wang yang banyak atau dompet di bahagian yang mudah dicapai penyeluk saku.  Jika anda ada kad kredit, itu lebih baik untuk ‘spare’ jika tiba-tiba anda memerlukannya nanti.

paspot
8. DOKUMEN
Pastikan anda telah menyediakan dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, pasport, tiket kapal terbang  untuk dibawa bersama. Paling penting, pastikan PASPOT anda masih valid lebih dari 6 bulan pada tarikh lawatan anda. Pastikan juga kelulusan Visa telah anda dapat jika negara yang ingin dilawati itu memerlukan visa.

9. PAKAIAN SESUAI
Pilihlah pakaian yang bersesuaian dengan destinasi dan keadaan cuaca di negara yang anda hendak lawati. Jangan membawa terlalu banyak barang atau pakaian ketika melancong. Bawa beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian bersih dan mengelakkan beg berbau busuk.
packing
10. BEG PAKAIAN
Pilihlah beg pakaian yang selesa untuk melancong dan tidak menyusahkan anda. Jangan lupa gantungkan tag nama, alamat dan nombor handfon pada beg anda dan jangan lupa kunci menggunakan mangga atau ´padlock´ (seeloknya pilih padlock yang kunci gunakan nombor) supaya beg travel anda tidak boleh dibuka oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan ianya dapat mengelakkan dari perkara yang tidak diingini berlaku.

11. MAKANAN
Jika destinasi anda ialah negara bukan Islam seperti di Eropah, maka adalah amat disarankan agar anda membawa bekalan makanan segera seperti mee maggi, makanan dalam tin sepeti sardin, tuna, serunding, sambal ikan bilis, biskut dan lain-lain lagi kerana di sana bukannya mudah untuk mencari makanan halal. Ini ialah antara makanan yang selalu saya bawa semasa melancong.

12. CHECK-IN
Pastikan anda datang awal ke lapangan terbang untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku. Bagi penerbangan ke luar negara, hendaklah check-in selewat-lewatnya 2 jam sebelum berlepas manakala bagi penerbangan di dalam negara pula mesti check-in 1 jam sebelum berlepas. Jika anda terlewat sampai, kemungkinan anda tidak lagi akan dibenarkan sama sekali untuk check-in dan ini amatlah merugikan anda.

bercuti
Diharapkan agar tips yang diberikan di atas dapat membantu  merancang percutian anda.
Selamat bercuti!




No comments:

Post a Comment