Sunday, July 19, 2015



Tip ke Vietnam


Saya sharekan di sini pengalaman kami untuk memudahkan kawan2:

TIPS 1: Hotel

Nak mudah duduk je di area District 1, diorang panggil Malaysia Street. Jalan yg ada Hotel Pink Saigon 2, Hotel Thanh Thu dan Hotel Huong Loung ke apa namanya. Opposite jalan, Kedai makan Hjh. Basiroh, Kedai Makan 1Malaysia and lagi satu kedai saya lupa nama. Kenapa? dari sini mudah nak kemana-mana. Seberang jalan besar ialah Pasar Benh Thant, nak ke Pasar Benh Thay pulak naik bas dari stesen yg dalam 500m jalan kaki. Senang banget..

Saya stay di Thanh Thu baru-baru ini. Dalam RM100 semalam. Tiada breakfast. Bilik katil double, toilet ok, aircond ok cuma bilik agak sempit. Tiada coffee making facilities. Macam hotel bajet tetapi dengan toilet, katil dan TV yg selesa. Alat penimbang ada disediakan di lobi.

Staf di reception very2 nice and helpful. Komputer di hotel ini not working, so saya tumpang check in dan print di Hotel Hoang di sebelahnya. Hotel ini besar.



TIPS Tambahan - Tukaran Wang

Haa, tip utama yang saya nak kongsikan ialah tukaran duit. Semasa trip saya ke Vietnam, saya tukar duit RM kepada USD, sebab banyak advise dekat blog cakap lebih mudah. Dan sedikit tukaran kepada Vietnam Dong, hanya untuk cover duit teksi, makan dan tambang bas. Rupanya ia bukan tindakan yg bijak untuk saya. Kenapa? Kerana kadar tukaran di Vietnam lebih murah daripada di Malaysia. Kalau tak silap, waktu itu 
Di Malaysia - 1USD = RM3.30
Di Vietnam - 1USD = RM3.00 
Haa, hanya 30sen, tapi kalau kita tukar USD1000, bezanya dah RM300. So, depending on currency, ada masanya x perlu tukar banyak duit RM ke USD di Malaysia. Guna RM lagi bagus.. Pandai-pandai la kawan2 dapatkan maklumat sebelum decide.. 


TIPS 2: Membeli belah
Jangan beli di Pasar Benh Thant dulu, boleh singgah untuk try harga tapi jangan beli dulu. Pergi tengok di Chinatown atau juga dikenali sebagai Pasar Binhtay. Daripada pengalaman saya dan tanya2 pada org2 Msia yg ada, beza harga (yg paling murah kami dapat selepas puas bertekak) macam di bawah :

  Barang                         Pasar Benh Thant                Pasar Binhtay

 Sutera Vtnam (glitter)    RM39/sepasang                     RM 36/sepasang
 Lace dengan sequin       RM100/2 meter                     RM50/2 meter
 Cotton english           RM28-32/sepasang               RM 25-30/sepasang
 Beg luggage       RM110 (sz sderhana, kain)    RM150(besar, plastik),RM90cabin sz,plastik)

Pasar Ben Thanh- keluar hotel, pusing kiri dah nampak!!
Pasar Binhtay, juga dikenali sebagai Chinatown..
Nak ke Pasar Binhtay dari kawasan hotel mudah jer. Jalan lurus di sebelah kedai Basiroh, sampai simpang yg mengadap Benh Thant, ambil kanan, opposite jalan (2 jalan besar) dah nampak banyak bas. Cross ke sana, itulah Stesen Bas. Tunggu di Hentian tulis 1, naik bas No. 1, bayar VD5000. Pastikan guna VD note kecil. Turun stesen paling last. Perjalanan dalam 45 minit. Bas bersih tau!! impressive.. Sampai hentian last, kalau kita dalam tangga bas, ke kiri. Susur jalan sebelah kiri tadi, nampak kat tepi2 ada kedai jual buah pinangbergugus-gugus. Ntah untuk apa. kedai jual barang plastik la. Terus jer, bila ada simpang, ke kiri dan terus nampak bangunan Pasar Benh Thay. Kat tepi2 dah nampak banyak kedai dengan barangan yang melimpah keluar dari kedai. Jalan sesak sikit, tapi so far kami ok jer. Kalau x faham, tanya je diorang  Benh Thay, nanti dorang tunjuk arah. Ada polis yg pakai uniform hijau dekat Pasar Binhtay, so jgn risau..  Nak balik, pergi balik ke stesen bas tadi, ambik bas No 1 jugak , stesen last ialah Benh Thant. Mudah kann.. murah pulak tu. Dalam RM1.50 kot..

Jgn terkejut, hari ni kain lain, esok kain lain. Stok dtg hari2

TIPS 3 : Kedai best
Saya sebenarnya tak ada banyak maklumat pasal kedai best di Pasar Ben Thant. Pada saya it's try n error. bargain hard, kalau dapat harga range yg saya cakap tadi saya rasa good enough. Lagi pula saya tak keluar ke city melihat butik2 di sana. Saya cuma berlegar di kawasan hotel. Butik dekat deretan hotel pun harga masih best.
Kurung pasang English Cotton - RM28-32 sepasang
Alas meja bujur, kerusi 12 - RM140 - jenuh bargain, failed!!
Alas meja kopi - RM40


Adik saya cuba tempah baju kurung moden siap 24 jam, RM50 upah, hasilnya ROSAK!!!hahahah, nasib baik saya tak ambik risiko tu. Konon gambar kain kembang payung, siap baju kembang sejambak, takde payung2 dah.. pastu si owner kedai buat muka toye jer.. Adik saya malas nak outer2. Kalau saya, paling tidak bebel la sikit. Heee ;)




TIPS 4: Makan
Kopi ais yg slim.. 
Mudah saja, bawalah bekal makanan, . Makanan Halal di HCM sangatlah mahal.. Nasi lemak Hjh. Basiroh, satu pinggan dalam RM8, kopi ais dalam RM4, Mee Pho dalam RM8, Nasi putih dengan ayam dalam RM10. Lauk tengahari serius tak lalu... Mana tahan nak makan mee pho jer, (dah tu yg murah). So kami makan di Kedai 1Malaysia. Sedap boleh tahan la, tapi mahal. Baik Tomyam,  nasi goreng atau popia basah Vietnam , semua sepinggan/ satu hidangan RM20. Lunch kami last day berlaukkan 1 Mee Pho, 2 nasi putih, 1 telur dadar, 1 tomyam dan 1 sayur kangkung, 2 soft drink, 1 kopi ais jumlahnya RM100!!Haiyooo... 
Popia basah yg kanan ni, ada udang, and sayur pudina.
Tak tahan..urghh
The famous Mee Pho/ Mee Daging

Silapnya kami langsung tak bawak bekalan dari Msia, not even Maggi. Huhuhu, sedih.. Oh ya, lagi pula kedai Hjh. Basiroh bukak lewat. Kita plan nak turun awal, nak naik bas ke Pasar Bent Thay tapi tersangkut sebab kedai belum bukak.Dalam pukul 8am kot baru bukak. Tu dah macam kul 9 kat Msia. Kedai 1Malaysia memang bukak lambat sikit, takda jual untuk breakfast.



TIPS 5: Lain-lain

- Bawa pisau lipat, so that boleh beli buah-buahan yg segar bugar. Jgn beli yg dah potong, diorang x basuh elok pun pisau tu, main celup2 je dalam air basuhan yang dah kelabu. 

- ATM ada kat dalam Kedai Serbaguna, selang 2 buah kedai kot dari kedai makan Hjh Basiroh atau Kedai 1 Malaysia. So jgn risau. 


- Bajet dari hotel ke airport naik van Vinasun hanya VD160,000. Murah jer.. Mintak pekerja hotel bayarkan terus kat driver teksi, so that dia x boleh  tipu.


Dipetik daripada seorang Blogger yang sudi berkongsi pengalaman dengan pembaca.




Saturday, July 18, 2015

Tempat Wajib Dikunjungi



TEMPAT WAJIB DIKUNJUNGI DI HO CHI MINH CITY VIETNAM .Bertitik tolak daripada entry aku sebelum ini, aku senaraikan 6 tempat menarik untuk berbelanja di Ho Chi Minh City Vietnam untuk rujukan aku kelak :) Semoga kajian aku ini betul dan tepat.
1. Russian Market
Tempat yang wajib untuk dikunjungi bagi para pelancong yang datang ke Ho Chi Minh . Disinilah tempat barangan sisa export Vietnam dijual. That why harga barangan di sini lebih murah (katanya). Russian Market ini terletak di Tingkat 2, Lucky Plaza.
2. Lok Loi 
Lok Loi ini khusus kepada meraka yang ingin membeli barangan kulit. Sepanjang jalan ini terdapat beberapa outlet yang khusus menjual produk fesyen dari kulit haiwan asli, terutama daripada replitia (anjat boboi) – dompet, tali pinggang dan macam macam eksoseri yang lain.
3. Binh Tay Market
Binh Tay merupakan pasar tradisional lengkap yang sesuai untuk mereka mereka yang ingin membeli barangan secara borong. Khabarnya, barangan disini mudah untuk ditawar (beli banyak, harga kurang). Kira macam pasar borong jugak la ni.
4. Ben Thanh Market
Kawasan perbelanjaan tradisional Vietnam ini menjual berbagai produk eksoseri sebagai ole ole yang ala ala made in Vietnam. 
Ben Thanh Market
5. Dong Khoi Street
Merupakan salah satu area yang paling sophisticated dan digemari baik oleh orang tempatan dan juga para pelancong. Terdapat banyak gerai-gerai menjual barangan hiasan dalaman rumah disepanjang jalan ini. Memang mendapat banyak respon positif daripada mereka mereka yang pernah datang ke jalan ini. Pengsan. Aku takut tak dapat kawal nafsu membeli je nanti.
Dong Khoi Street
6. An Dong Plaza
Kompleks membeli belah 4 tingkat ni menjual berbagai jenis produk seperti perhiasan emas, kasut, pakaian, hiasan dalaman dll
Selepas ini, aku merancang untuk melihat tempat-tempat makanan halal yang ada di Ho Chi Minh City Vietnam. Apa yang penting adalah, kawasan itu mestilah mudah untuk aku pergi (dekat dengan hotel penginapan) dan murah. Kalau ada masjid pun mesti lagi baik. Peace

Hotel-hotel di Ho Chi Minh



Hotel Hoang Gia Huy

Daripada pengamatan membrowse aku....aku servey hotel yang ada breakfast halal....memula aku pon tatau kenape aku pilih hotel ni..dah bertekak pulak ngan kawan baik aku si liza...apsal hotel ni ..kenape xde breakfast tapi kesimpulannya hotel aku pegi tu ade breakfast dari kedai hajah basiroh..so tetapi pagi kite makan kat bawah je.... sebenarnye..makanan kat sini bukan tekak aku kot..semua x rase mcm Msian food...ok meh terjah gambo hotel...semua aku amik kat google je sebab aku lupe nak snap...

Hotel pertama kiterang duk for 5 days 4 night
Hotel Gia Huy

Ni la hotel die..kite dok 4 malam...so total kiterang bayor is USD 320...duit mesia dalam RM 1122 la...sangat mahal kot...walaupon 2 bilik....sebabnye.... kalau kite duk hotel lain bole je share family room..makan pagi memang kat bawah tu ade hajah basiroh....and hotel ni dekat sgt ngan ben thant jalan kaki 5 minit da sampai..percaya lah...

Hotel Thanh Thu


Hotel ni yang aku nak cerita kan..walaupon aku suke je gia huy tu..sebab kite pegi ni nak jimat duit sebab duit tu nak ke arah membelanja kan diri..better duduk Thanh thu..tapi sarapan of coz la tak yakin ada ataupun tak..Apa-apa pun pon ...kalau tak ada pun insyallah tak kelaparan la..nanti aku bagitau tips nyer....ok hotel ni..bilik ni untuk 4 orang sangat2 besar RM160 je ek..so kalau aku dok 6 hari baru RM960..untuk 4 orang tau..da jimat gile..so hotel pon besar..korang kene pandai tune air panas die je.... hahaha..ok tu 2 hotel yang aku bole rekemen..jangan risau ni semua kat jalan Nguyen Anh Nih...which is kawasan melayu dan sebelah-sebelah tu semua ade makanan melayu...




Hotel:
Pelbagai hotel korang boleh cari kat Jalan Bent Thant/ Nuyen An Nih Street@Malaysian Street. Murah-murah juga harga hotel.
Kat sana ada banyak kedai makan Halal.
Hotel yang admya stay- Hotel Ha May 3.Kalau luar bilik,nampak sempit,tapi kat dalam boleh tahan luas. Selesa gak,siap ada tunjuk arah kiblat lagi.

  • ada wifi
  • dekat dengan Ben Thant Market
  • dekat dengan Pasar Malam Ben Thant(sebutan Bentan bukan Ben10).Kami jalan kaki je pergi Pasar Malam Bent thant.

Hotel yang kami tinggal-Hotel Ha May 3

Yang ni hotel depan hotel kami. Memang classy hotel ni Mahal sikit dari hotel kami. Tengok Interior pun boleh agak harga bilik.

Hotel ni paling dekat dengan Malaysian Street. Turun hotel dah boleh shopping.




Halo Hotel cuma bertaraf 2 bintang sahaja tetapi pada pandangan saya semasa 3 hari di sana ia sudah cukup memuaskan. Jom tengok beberapa gambar hotel ni .
cari hotel murah di vietnam

harga hotel murah di vietnam

hotel bajet vietnam

hotel murah di vietnam

Halo hotel ni cuma 2 bintang tapi bagi saya ia selesa. Dalam bilik ada wifi cuma ia mungkin tak laju. Bilik bersih dan toilet ada tub dan shower. Kebanyakan pengunjung dari Malaysia suka membeli belah di Vietnam kerana ia lokasi terdekat untuk memborong baju atau kain pasang.
Kebanyakan kelengkapan bilik hotel memang terjaga dengan baik serta bersih. Reception hotel serta bel boynya juga mesra dengan pengunjung cuma saya rasa kasihan melihat mereka ini kurus-kurus belaka. Susah nak jumpa yang gempal sebab negara ni terlalu lama berperang dulu dan sekarang sedang dalam proses membangun.
Halo Hotel terletak di kawasan yang sibuk iaitu di District 1 di Bandar Ho Chi Minh . Di sekelilingnya juga ada banyak hotel lain. Menariknya hotel ini paling dekat dengan Ben Thanh market iaitu lokasi paling popular di Vietnamuntuk memborong baju kurung bagi orang Malaysia. Keluar dari hotel toleh kanan dah nampak Ben Thanh market yang hanya 5 minit berjalan kaki.
Berhadapan dengan Halo hotel ni ialah Restauran Serai yang menyediakan  makanan halal yang enak. Di sebelah hotel  ni juga ada restaurant Haji Halim yang juga menjual makanan halal yang lain yang menerima matawang Malaysia selain US Dollar .Tak ada masalah kalau anda tak ambil sarapan di hotel ni kerana kedai makanan halal berada di depan hotel sahaja.
Jika anda nak ke tempat borong di Cho Bin Thay dari hotel ni juga anda boleh taxi dan perjalanan lebih kurang dalam 10 ke 15 minit juga. Teksi berada di mana-mana sebab ia kawasan paling sibuk dengan pelancong.Sewaktu saya ke sini dulu saya lebih kepada memborong baju kurung jadi kawasan pelancongan memang saya tak sempat pergi. Insyaallah lain kali saya nakmelancong di Vietnam pada next trip.
Jadi walupun hotel ni cuma 2 bintang ia sangat selesa dan saya rekomen anda duduk menginap di sini jika berkunjung ke Vietnam.Harga bilik hotel saya dah tak berapa ingat tetapi untuk 3 orang dulu saya hanya bayar RM 150 untuk 3 hari 2 malam. Murahkan?
Nak cari hotel murah yang lain diVietnam , anda boleh terus cari di sini>> harga hotel murah di Vietnam
*Sumber gambar dari google

Friday, July 17, 2015

12 Tips Sebelum Melancong

12 Tips Sebelum Pergi Melancong

0
Salam Sejahtera, untuk entri yang kedua blog ini, saya ingin kongsikan tentang beberapa tipsmelancong, persediaan sebelum anda pergi melancong.
Bukannya senang kalau kita nak travel jauh ke negara orang, kalau setakat negara jiran kita saja, tak apalah… kalau ada benda yang tertinggal, boleh beli saja di kedai nanti sebab harganya pun tidaklah semahal mana, cuma negara jiran di Singapura saja yang lebih mahal dari Malaysia.

tips

calendar
1. CARI TARIKH  MELANCONG YANG SESUAI
Bincang bersama untuk mencari tarikh melancong yang sesuai untuk bercuti, sebaiknya tarikh ditentukan 3 bulan sebelum percutian.
(Some families have the option to travel when ever they’d like to and others can only go when school is out.)
 
2. SURVEY DESTINASI ANDA
Survey terlebih dahulu harga tiket penerbanganatau pun tiket bas, destinasi yang ingin dilawati serta rancang percutian anda dengan teliti. Hari minggu kebanyakan pusat peranginan dan tempat tumpuan pelancong akan menjadi sesak dan menyebabkan ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan pula lebih mahal dari hari-hari biasa. Buat perbandingan harga bagi tiket penerbangan di SINI  dan bagi hotel pula, dapatkan cheapest rates di SINI.
rancang
3. PROMOSI/PAKEJ
Apabila memilih untuk percutian di luar negara pula, seeloknya pilihlah negara yang sedang mengadakan promosi pelancongan. Selain itu menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal adalah lebih baik bagi mendapatkan harga yang murah. Makin dekat dengan tarikh penerbangan pilihan kita tu, akan semakin mahal lah harga tiket penerbangan itu. Begitu juga jika menempah bilik hotel, haruslah awal bagi mengelakkan kenaikan harga.

4. AGENSI PELANCONGAN
Jika anda pertama kali ingin melancong, sebaiknya gunakanlah khidmat agensi pelancongan. Ianya sangat digalakkan bagi mengelakkan anda dari ditipu dan membuang masa kerana tiada pengalaman.

11
5. RANCANG LOKASI PERCUTIAN YANG MENARIK
Rancang untuk melawat lokasi-lokasi percutian menarik yang berhampiran dalam sehari  bagi menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.

6. CHECKLIST
Adalah amat penting untuk anda menyediakan checklist supaya tiada barang yang tertinggal. Nanti menyesal pula.

duit
7. WANG TUNAI/CASH
Anda mestilah memastikan yang wang tunai anda disediakan dengan secukupnya. Kadang-kadang tempat yang ingin kita lawati tiada mesin ATM atau pengurup wang. Jadi sediakan wang tunai yang mencukupi yang boleh anda gunakan di waktu kecemasan. Pastikan wang diletakkan di dalam tempat yang selamat dan elakkan meletak wang yang banyak atau dompet di bahagian yang mudah dicapai penyeluk saku.  Jika anda ada kad kredit, itu lebih baik untuk ‘spare’ jika tiba-tiba anda memerlukannya nanti.

paspot
8. DOKUMEN
Pastikan anda telah menyediakan dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, pasport, tiket kapal terbang  untuk dibawa bersama. Paling penting, pastikan PASPOT anda masih valid lebih dari 6 bulan pada tarikh lawatan anda. Pastikan juga kelulusan Visa telah anda dapat jika negara yang ingin dilawati itu memerlukan visa.

9. PAKAIAN SESUAI
Pilihlah pakaian yang bersesuaian dengan destinasi dan keadaan cuaca di negara yang anda hendak lawati. Jangan membawa terlalu banyak barang atau pakaian ketika melancong. Bawa beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian bersih dan mengelakkan beg berbau busuk.
packing
10. BEG PAKAIAN
Pilihlah beg pakaian yang selesa untuk melancong dan tidak menyusahkan anda. Jangan lupa gantungkan tag nama, alamat dan nombor handfon pada beg anda dan jangan lupa kunci menggunakan mangga atau ´padlock´ (seeloknya pilih padlock yang kunci gunakan nombor) supaya beg travel anda tidak boleh dibuka oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan ianya dapat mengelakkan dari perkara yang tidak diingini berlaku.

11. MAKANAN
Jika destinasi anda ialah negara bukan Islam seperti di Eropah, maka adalah amat disarankan agar anda membawa bekalan makanan segera seperti mee maggi, makanan dalam tin sepeti sardin, tuna, serunding, sambal ikan bilis, biskut dan lain-lain lagi kerana di sana bukannya mudah untuk mencari makanan halal. Ini ialah antara makanan yang selalu saya bawa semasa melancong.

12. CHECK-IN
Pastikan anda datang awal ke lapangan terbang untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku. Bagi penerbangan ke luar negara, hendaklah check-in selewat-lewatnya 2 jam sebelum berlepas manakala bagi penerbangan di dalam negara pula mesti check-in 1 jam sebelum berlepas. Jika anda terlewat sampai, kemungkinan anda tidak lagi akan dibenarkan sama sekali untuk check-in dan ini amatlah merugikan anda.

bercuti
Diharapkan agar tips yang diberikan di atas dapat membantu  merancang percutian anda.
Selamat bercuti!




Wednesday, July 15, 2015

Apa yang boleh dibeli di Ben Thanh Market?




Ben Thanh Market di Ho Chi Minh, Vietnam

 Harga RM 28.00 sepasang untuk baju kurung. Murah kan tu.....


 Boleh pilih baju kurung. Biru, merh, kelabu dan macam-macam lagi,,,boleh pilih...


Ini  satu lagi pilihan yang perlu dipertimbangkan.....Macam mana boleh?



Kain baju sebagai pilihan para pelancong

 Pelbagai jenis baju untuk di beli

 Kain baju kurung

 Beg beraneka jenis dan warna yang boleh dipilih


Pelbagai jenis kasut boleh dipilih oleh para pengunjung

 Pelbagai jenis baju dalam bentuk moden.

 Kain dijual dengan harga yang berpatutan

 Kasut sukan yang berjenama juga ada dijual di sini


Pusat membeli belah di Ben Thanh Ho Chi Minh

Memang banyak pilihan . Apa-apa pun yang penting bawa wangnya....boleh berurus niaga dalam VND atau RM atau USD. Terpulang kepada anda  hendak menggunakan mata wang yang mana. Apa yang penting jika berurusan tu.. biarlah  kita mendapat  untungnya.. Kebanyakan para peniaga di sini akan menggunakan pelbagai helah  untuk memastikan pengunjung membeli di kedainya. Jadi berhat-hati jangan sampai tertipu.